Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta tetapi kaya jiwa.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Stichwörter: islam



Weiter zum Zitat


Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai-berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT..

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Weiter zum Zitat


Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Stichwörter: pedoman



Weiter zum Zitat


Ilmu itu tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Stichwörter: ilmu



Weiter zum Zitat


Apabila Allah SWT mencipta agama untuk panduan hamba-Nya, maka Dia tidak akan membiarkan Islam yang murni itu dalam keadaan hina-dina. Mudah bagi Allah SWT untuk membuka hati manusia supaya menerima agama-Nya, tetapi sengaja Allah SWT adakan suasana sukar sebagai gelanggang bagi Rasul-Nya dan orang-orang beriman berjuang mendapat anugerah Allah SWT.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Stichwörter: islam perjuangan ujian



Weiter zum Zitat



Seite 1 von 1.


©gutesprueche.com

Data privacy

Imprint
Contact
Wir benutzen Cookies

Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.

OK Ich lehne Cookies ab