seorang gelabah
di puncak kerusi
resah dikepung bayang.
seorang terkurung
di sangkar cita
membidik peluang.
kau memang bijak menjungkir balik
kata-kata. kerana kata-kata pernah
membuncitkan poketmu dengan benda.
bahasanya seperti ular melingkar
lidahnya lembut bak belut
matanya bagai langit kelat.
siapa pun tuan
mereka tetap begini
mengunyah janji
tanpa gigi.
di mana-mana korban tetap ada
selagi keberanian terus bernyawa.
Stichwörter: keberanian perjuangan
jika lurus pada tindak
usah sesekali tunduk pada desak.
Stichwörter: istiqomah
di kandang sendiri kaulah harimau jadian
di alam terbuka kau hanya kucing jalanan.
Stichwörter: keberanian
cacat masa lampau bukan untuk diwarisi
tapi untuk dipelajari.
Stichwörter: sejarah
Seite 1 von 1.
Data privacy
Imprint
Contact
Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.