Jangan kesal kalau diri tidak dihargai, tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga.
Pahrol Mohamad JuoiTags: beduk-1 beduk-diketuk
Jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah. Bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan.
Pahrol Mohamad JuoiTags: beduk-diketuk beduk-2
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Tentu ada maksud Allah izinkan semua ini berlaku.
Pahrol Mohamad JuoiTags: beduk-diketuk beduk-2
Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.
Pahrol Mohamad JuoiTags: beduk-diketuk beduk-3
Teringat saya amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.
Pahrol Mohamad JuoiTags: beduk-diketuk beduk-3
Fardhu ain itu umpama tapak. Fardhu kifayah pula ialah bangunan di atas tapak. Bangunan akan lemah, kalau tapak bermasalah.
Pahrol Mohamad JuoiTags: beduk-diketuk beduk-4
Page 1 of 1.
Data privacy
Imprint
Contact
Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.