Ibarat manusia tanpa keperibadian, universiti moden tidak mempunyai pusat yang sangat penting dan tetap, tidak ada prinsip-prinsip utama yang tetap, yang menjelaskan tujuan akhirnya. Ia tetap menganggap dirinya memikirkan hal-hal universal dan bahkan menyatakan memiliki fakulti dan jurusan sebagaimana layaknya tubuh suatu organ - tetapi ia tidak memiliki otak, jangan akal (intellect) dan jiwa, kecuali oleh dalam suatu fungsi pengurusan murni untuk pemeliharaan dan perkembangan jasmani. Perkembangannya tidak dibimbing oleh suatu prinsip yang akhir dan tujuan yang jelas, kecuali oleh prinsip nisbi yang mendorong mengejar ilmu tanpa henti dan tujuan yang jelas.

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Tags: ilmu universiti



Go to quote


Tiada malapetaka yang lebih besar jika institusi pengajian tinggi -yang seharusnya menjadi taman untuk pengembangan ilmu, penghormatan kepada kewibawaan ilmu dan ilmuwan- tidak meletakkan ilmu sebagai keutamaan dan menjadikan ilmu, ulama dan institusi ilmu hanya sebagai alat kepentingan ekonomi, politik atau peribadi; dan apabila institusi ilmu hanya menjadi taman mengutip untung kebendaan sementara, atau untuk menempah kedudukan dan nama. Ini merupakan suatu krisis dan malapetaka kepada sesebuah tamadun manusia, dan tiada kezaliman yang lebih besar kepada tamadun insan daripada kezaliman ini.

Mohammad Hannan Hassan

Tags: ilmu universiti



Go to quote



Page 1 of 1.


©gutesprueche.com

Data privacy

Imprint
Contact
Wir benutzen Cookies

Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.

OK Ich lehne Cookies ab