Kita diminta menjadi budayawan patriotik yang jujur; berani mengkritik persekitaran dan negara tanpa berasa khuatir dituduh tidak setia atau berkhianat kerana sebagai pencinta tanah air, kita sedang berperang dengan kejahatan bangsa kita. Pihak yang berkhianat ialah budayawan yang memuji dan mendewakan pemimpin dengan niat mengambil hati (salah atau benar) bagi kepentingan dirinya. Salah atau benar ini adalah tanah air kita. Lantaran itu kita berani mengkritiknya dan berani mempertahankannya.

Baharuddin Zainal

Mots clés patriotisme budawan



Aller à la citation


Samalah juga apabila seseorang itu menjadi ADUN atau wakil rakyat, dia akan segera disebut “Yang Berhormat”, dan yang lebih atas lagi “Yang Amat Berhormat” meskipun ada yang mungkin telah berkhianat kepada keluarga, budaya, alam, atau sejarah bangsanya.

Baharuddin Zainal

Mots clés politik



Aller à la citation


Sebuah memoir bukan sekadar bercerita tentang episod-episod, watak-watak dan diri pengarang dalamnya, tetapi juga persoalan kepercayaan, nilai-nilai zaman, visi manusia, dan dialektik yang terjadi hasil perbenturan intelektual dalam kalangan masyarakat.

Baharuddin Zainal

Mots clés memoir



Aller à la citation


Membaca autobiografi atau memoir seolah-olah terlibat dalam dialog dengan narator yang menjadi jurucakap pengarang: mendengar secara langsung cerita serta pendapat tentang zamannya dengan gaya pengucapan peribadinya. Gaya bahasa dan idiosinkrasi penampilannya menghantar karyanya mirip cereka, tetapi fakta dan kebenaran subjeknya akan menyeretnya menjadi mirip sejarah, dan hakikat inilah yang berkemungkinan melahirkan memoir sebagai wacana intelektual yang artistik; menggugah dan tidak menjemukan.

Baharuddin Zainal

Mots clés memoir intelektual



Aller à la citation


Benar atau tidak, jujur atau tidak, memoir ialah sebuah prosa peribadi, karya bukan cereka yang mesti dibaca secara kritis untuk menentukan kebenarannya.

Baharuddin Zainal

Mots clés memoir



Aller à la citation


Memasuki taman seperti membuka sebuah buku: ada lorong yang terang, pohon-pohon hijau yang tersusun seperti kalimat-kalimat yang teratur, atau tumbuh-tumbuhan yang liar terbiar, dan kita terpesona dengan warna-warna bunga, permukaan rata yang sedikit curam, pasir halus serta batu keras yang berlumut disalut waktu.

Baharuddin Zainal

Mots clés buku



Aller à la citation


Penduduk Malaysia mudah teruja oleh pilihan raya kecil atau besar kerana politik sudah menjadi budaya bagi kebanyakan orang, dan profesion bagi sesetengah orang. Tidak semua rakyat memahami pilihan raya sebagai satu proses demokrasi bagi memilih pemimpin yang amanah untuk berkorban memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan negara. Orang lebih tertarik pada peristiwa perdebatan kempen, hujah menjatuhkan lawan, dan lebih-lebih lagi apabila ada tanda-tanda kemungkinan calon pembangkang menewaskan calon parti kerajaan.

Baharuddin Zainal

Mots clés politik malaysia



Aller à la citation


Pemimpin politik Melayu itu, di mana jua duduknya (baik dalam BN ataupun dalam pembangkang), dia mestilah pertama-tama menjadi pemimpin bagi orang Melayu dahulu; dan seterusnya baru menjadi pemimpin untuk semua keturunan dan agama dengan penuh keadilan; tidak menindas dan merampas peluang dan hak-hak kaum lain. Dia bukan sahaja membela Islam, nasib dan kebudayaan Melayu, tetapi boleh dilihat tidak berbelah hati untuk membela kepentingan Islam serta Melayu.

Baharuddin Zainal

Mots clés pemimpin melayu



Aller à la citation



Page 1 de 1.


©gutesprueche.com

Data privacy

Imprint
Contact
Wir benutzen Cookies

Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.

OK Ich lehne Cookies ab