seorang gelabah
di puncak kerusi
resah dikepung bayang.
seorang terkurung
di sangkar cita
membidik peluang.
kau memang bijak menjungkir balik
kata-kata. kerana kata-kata pernah
membuncitkan poketmu dengan benda.
bahasanya seperti ular melingkar
lidahnya lembut bak belut
matanya bagai langit kelat.
siapa pun tuan
mereka tetap begini
mengunyah janji
tanpa gigi.
di mana-mana korban tetap ada
selagi keberanian terus bernyawa.
Mots clés keberanian perjuangan
jika lurus pada tindak
usah sesekali tunduk pada desak.
Mots clés istiqomah
di kandang sendiri kaulah harimau jadian
di alam terbuka kau hanya kucing jalanan.
Mots clés keberanian
cacat masa lampau bukan untuk diwarisi
tapi untuk dipelajari.
Mots clés sejarah
Page 1 de 1.
Data privacy
Imprint
Contact
Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.