Darah Tok Janggut
yang pernah tumpah
maungnya mercik
sepanjang sejarah.
Mots clés melayu tok-janggut
Sewaktu Jepun datang
ke Tanah Melayu
Kota Bharulah, kota kecil
yang pertama didarati
bersama Aceh dan Patani
ia dikenal
sebagai ibu kota
Serambi Makkah.
Mots clés kota-bharu
Guruku beribu buku
dari Timur dan Barat
tetapi berakhir
dengan pujangga Islami.
Mots clés buku
Apakah sajak-sajakku akan
menjadi sekawah api
untuk membakar rohku
di negeri abadi-Mu?
Mots clés sajak
Aku hanya setitik dakwat
terjatuh di lembaran kertas
terpukau dan terkilau
oleh sihir dan sirat bahasa.
Mots clés penulis
Kataku, sejak Adam dan Hawa tercipta
lelaki atau perempuan
tak terbias dari kekhilafan.
Maaf yang selalu tertunda, tergantung
antara urat jantung dengan denyut nafas.
Mots clés islam
Sembah derhakakah kalau
yang dipertahankan
adalah kesucian Islam,
kebajikan jelata dan tanah watan.
Mots clés perjuangan
Bahasa terbina
dari nurani bangsa
bangsa besar kerana
keutuhan bahasanya.
Jangan ambilku
dalam dengkur tidur
takut aku terlalai
menyebut nama-Mu.
Mots clés islam
Page 1 de 2.
suivant dernier » ;
Data privacy
Imprint
Contact
Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.