Darah Tok Janggut
yang pernah tumpah
maungnya mercik
sepanjang sejarah.
Tag: melayu tok-janggut
Sewaktu Jepun datang
ke Tanah Melayu
Kota Bharulah, kota kecil
yang pertama didarati
bersama Aceh dan Patani
ia dikenal
sebagai ibu kota
Serambi Makkah.
Tag: kota-bharu
Guruku beribu buku
dari Timur dan Barat
tetapi berakhir
dengan pujangga Islami.
Tag: buku
Apakah sajak-sajakku akan
menjadi sekawah api
untuk membakar rohku
di negeri abadi-Mu?
Tag: sajak
Aku hanya setitik dakwat
terjatuh di lembaran kertas
terpukau dan terkilau
oleh sihir dan sirat bahasa.
Tag: penulis
Kataku, sejak Adam dan Hawa tercipta
lelaki atau perempuan
tak terbias dari kekhilafan.
Maaf yang selalu tertunda, tergantung
antara urat jantung dengan denyut nafas.
Tag: islam
Sembah derhakakah kalau
yang dipertahankan
adalah kesucian Islam,
kebajikan jelata dan tanah watan.
Tag: perjuangan
Bahasa terbina
dari nurani bangsa
bangsa besar kerana
keutuhan bahasanya.
Jangan ambilku
dalam dengkur tidur
takut aku terlalai
menyebut nama-Mu.
Tag: islam
Pagina 1 di 2.
prossimo ultimo »
Data privacy
Imprint
Contact
Diese Website verwendet Cookies, um Ihnen die bestmögliche Funktionalität bieten zu können.